Kita bukan lagi kanak-kanak
Bismillah...
Assalamualaikum, readers.
Sekarang aku sedang bercuti. Maka diri ini digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat di kampung. Menjaga anak buah yang sangat aktif punya cabaran tersendiri. Kadang-kadang, makan separuh jalan sebab melayan dia sorang. Bila dia nap, baru dapat selesaikan urusan yang tertangguh. Itu pun rasa sunyi sebab terbiasa dia kacau buat kerja. 😂
Semalam, punya lah seronok dia dapat pakai stokin baru. Ummi nya beli untuk pergi berjalan jauh. Bimbang sejuk dalam kereta. Tapi dia tak sabar. Nak pakai terus. Siap je pakai, dia terus main bola. (psst.. usianya baru setahun 11 bulan. jadinya, pakat main je).
Waktu dia seronok duk main, sepak bola ke sana ke mari. Aku baru perasan yang dia sepak tanpa tujuan. Tanpa arah. Takde goal (atau semua tempat adalah goal bagi dia 😅). Tapi dia masih berseronok dan bergembira dengan sepakan tanpa tujuan itu. Aku datang terfikir, betapa kanak-kanak sangat tidak endahkan tujuan dan tiada fokus, dan yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan mereka merasakan diri sangat hebat dek setiap kali menendang bola, itulah goal bagi mereka. Sentiasa menang.
Begitu lah kebanyakan dari kita ketika kecil. Mencari keseronokan. Mencari kebebasan. Dan yang penting menang atau jadi yang terbaik. Namun tujuan tidak pula terfikir.
Berapa ramai yang masih dalam dunia kanak-kanaknya. Masih tidak sedar bahawa hidup ini punya tujuan. Hidup ini bukan selamanya hidup. Berapa ramai yang masih terhanyut mencari keseronokan semata, sedang jiwanya terasa kosong. Nah. Lihat saja dunia sekarang. Berapa banyak kemungkaran yang kian mengeluarkan tanduknya. Dulu, kejahatan dibuat dalam keadaan senyap-senyap. Tidak sekarang. Sekarang, kemungkaran ditular-tular, dibangga-bangga. Asal keperluan nafsu dipenuhi. Asal seronok. Dan sangkaan mereka itulah sebenar-benar bahagia, sedangkan jauh di sudut hati mereka, rasa tidak puas dan kosong itu sentiasa ada.
Semakin usia ku menjejak dewasa, aku mencari tujuan hidup. Aku mencari erti. Aku bukan lagi kanak-kanak riang yang makan disuap, baju dipakaikan. Tidak. Dan hidup ini bukan sekadar keseronokan tanpa tujuan seperti yang dituntut kanak-kanak.
Tuhan kurniakan akal untuk kita berfikir. Berfikirlah dengan iman. Akal hanyalah alat untuk mengenal Tuhan. Ia bukan Tuhan!
اهدنا الصراط المستقيم
Moga Allah menunjukkan dan memimpin kita kepada jalan kebenaran. Jalan yang sebenar-benar jalan mengenal Tuhan.

Ingat, kita bukan lagi kanak-kanak. |
Comments
Post a Comment