The Rear-view Mirror of Life

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa khabar keadaan mu sekarang pembaca sekalian? Moga-moga kehidupan mu dilimpahi 'afiah, rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Apa khabar pula keadaan ku sekarang?

Masih sedang meniti hidup sebagai hamba Tuhan. Umur makin meningkat, saban hari, fizikal ku makin tua. Jiwa ku sedang mencari erti hidup ini. Pandangan ku terhadap dunia makin luas. Minda ku sering bertanya, apa yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup sampai ke hari ini? Apakah setiap hirupan nafas ku, setiap gerak jemari ku, setiap langkahan kaki ku, setiap bait kata yang terbit dari lisan ini, setiap fikiran yang dikerah, setiap perbuatan tubuh badan ku, punya maksud yang abadi atau sekadar basa basi kehidupan?

Sudah lama jemari ini tidak menekan punat papan kekunci untuk mengisi ruang di blog ini. Hampir setahun tidak ku update blog tercinta ini. Last update nya berkenaan depression dan setelah itu aku menjalani kehidupan tanpa menulis di sini. Dan aku kembali lupa akan kewujudan blog ini. Entah mengapa semalam aku mencari kembali blog usang ini. Sepertinya Tuhan sedang menjawab doa kecil ku agar diberi taufiq-Nya.

Nah. Pasti kamu tertanya-tanya, mengapa entry kali ini tajuknya semacam itu. 'The Rear-view Mirror of Life'. Ya. Cermin pandang belakang. Ia digunakan untuk memandang ke belakang supaya dapat mundur ke belakang. Dengan ini penggunaannya dapat memudahkan kereta gerak maju ke destinasi.

Aku seperti kamu kamu semua, juga melalui fasa-fasa genting dalam hidup. Fasa-fasa yang aku rasakan ia adalah fasa yang paling gelap. Aku tersungkur. Aku lost dan seringkali terlalu terbuai dalam cloud 9 yang lebih aku gemari memanggilnya 'Thinking Cloud'. Aku jadi terlalu terbuai sampai terkadang aku rasa seakan-akan jasad ku terbang bersama fikiran ini menerawang ke dalam dunia yang berbeza. Terkadang, sengaja untuk ku masuki dunia itu sebagai eskepism aku dari dunia realiti. Namun, terkadang dunia itu terlalu bingit dengan diskusi-diskusi yang berat. Padahnya sekali aku asyik dalam dunia itu, sukar sekali untuk aku menjadi produktif di dunia realiti.

Fasa lost itu bukanlah fasa yang aku gemari dalam hidup ini. Boleh aku katakan, beberapa kali aku terjerumus dalam fasa itu. Uniknya, pemangkin untuk aku bangkit berbeza setiap kali berada dalam fasa tersebut. Dan baru-baru ini aku dapati bahawa sejenak ku merenung ke belakang, memberi aku booster untuk bangkit dari kejatuhan ku.

Well, I was a good person back then. I did the best in everything that I involved with. I've had a happy-go-lucky vibe. I was a happy person. So optimist. But, you know. Things happen and suddenly I become such a grumpy person. ha ha. Not that grumpy, but yeah.. I've lost the innocent smile which I always wear when I was a little girl. This semester break makes me reflects on things. Things that were, things that are, and things that I want to achieve in the future. (lol.. I'm sorry, but I just have to put the pun there ;)).

Ops.. Tertaip dalam bahasa Inggeris pulak.

Demikianlah aku. Muhasabah diri ketika diri bersama keluarga. Kerana di sini aku bermula. Aku jadi lebih bersemangat bila bersama mereka. Bersama keluarga juga tersimpan diri ku yang dulu; yang innocent dan keanak-anakan. Diri yang dididik dengan ketulusan hati seorang ibu dan keringat seorang ayah. Seorang anak gadis yang punya impian yang besar.

Ya. Impian. Aku dulu seperti kanak-kanak kebiasaan, punya impian. Kesibukan, kesempitan hidup dan kejauhan diri dari keluarga buat aku terlupa. Terlupa akan impian ku dahulu.

Aku ingin menjadi pendidik anak bangsa dengar mendidik anak-anak taska/tadika. Ingin membuka cafe buku dan di dalamnya juga ada dijual sedikit stationery; sebuah kedai yang sesui bagi peminat buku dan coffee. Sesuai bagi mereka yang mencari ilham dan inspirasi. Aku juga ingin membuka sebuah institusi pembelajaran yang pelajarnya boleh memilih bidang dan matapelajaran apa yang ingin diceburi (masih perlu pendetailan dalam merangka). Aku ingin merekacipta design pakaian muslimah, agar muslimah dapat menutup aurat dengan sempurna dengan kadar harga yang murah.

"ينفع الناس"

Itulah yang menjadi dasar impian-impian ku ini. Mudah-mudahan aku tak sering lupa lagi selepas ini. Andai kata aku jatuh kembali, insyaallah aku akan berusaha bangkit melihat ke belakang sejenak. Melihat kejernihan mata si anak gadis yang penuh dengan impian. Hanya aku yang mampu memenuhi impiannya, dengan izin Tuhan.


Reflect. Motivated. Plan. Improve. Efforts. Faith.

Fighting, Maya-chan!

Comments

Popular posts from this blog

An Naml (60-64).

Kita bukan lagi kanak-kanak

Sayangku Casper